Setiap hari,pengganguran semakin bertambah,semua orang berlumba-lumba merebut apa jua peluang perjaan yang terbentang.Lebih-lebih lagi jika jawatan yag ditawarkan adalah jawatan kerajaan.Bekerja dengan kerajaan di janjikan dengan pelbagai keistimewaan,ada cuti,skim pencen,kemudahan perubatan,pinjaman,kenaikan gaji dan pelbagai lagi.Tapi,tidak semua orang bekerja kerajaan itu hidupnya senang.Apabila seseorang itu memberitahu dia bekerja dengan kerajaan,terus terlintas di fikiran kita hidup yang senang dan mewah.
Menerusi pengalaman,masih ada yang bekerja di bawah kerajaan tapi hidupnya susah.Seperti seorang hamba allah,bekerja sebagai pembantu am rendah di salah sebuah sekolah di negara ini,kadang-kadang terdetik rasa kasihan di hati ini apabila melihat kehidupannya.Isteri yang tidak bekerja,4 orang anak yang bersekolah,bil elektrik,bil air,bayar rumah,petrol,dan makanan harian.Sehingga ada satu masa,anak-anak terpaksa bersekolah tanpa wang belanja,makan nasi tidak berlauk,isteri makan hati lihat orang lain berbaju baru,menebal kan muka meminjam dari saudara-mara bila wang kehabisan sebelum waktunya.Mungkin ada yang hairan,tapi itula realiti kehidupan,mungkin bukan dihadapi oleh hamba allah ini seorang sahaja.Tapi masih ramai di luar sana.