Saturday, December 20, 2008

Mana kaki dia?


Cuba Korang Tengok Betul2 mana kaki pmpuan tu,gmbar ni member kpd member aku yang amik,tak tau la kesilapan teknikal ker aper,tapi dengar citernyer pmpuan ni yang ajak akak dgn anak2 dier tu bergambar...

Lama Tak Menulis

Dah lama tak menulis disini,sibuk sikit dengan hal-hal kehidupan ni.Opah pun tgh sakit,sian dia,lau jadi apa-apa pada dia,apa lah jadi dengan aku,mana aku nak pergi lagi,sebab tu la aku nak kawin cepat,biarla aku menumpang suami aku dari menumpang orang lain,sampai bila nk menumpang orang,biarpun mak sedara sendiri,dahlah hidup aku kucar kacir skit skang ni,tapi aku mahu gak bersemangat untuk hidup,yerla,bukan aku sorang jer dalam dunia ni idup susah,ramai lagi yang lebeih teruk dari aku,sekurang2nya aku bersyukur gak ada keluarga,ada kerja,nak kata susah sgt tu tak la,lepas gak la nk makan,nak beli itu ini,cuma aku lonely jer,ermm...tapi aku tetap power puff gurl!!

Thursday, June 19, 2008

Salah Meter ker??

Kerajaan telah mengumumkan harga baru bagi petrol adalah RM2.70 dan semua Meter di Stesen minyak disetkan Rm2.700 KECUALI Petronas iaitu sebanyak RM2.704,bayangkan kalau di kira semula,berapa banyak Petronas ambil untung dari cuma 4 sen??

Wednesday, June 18, 2008

Thief In Sg Petani

Mungkin kah kejadian ini disebabkan oleh penggangguran jugak??? Umur pesara juga di lanjutkan...menjadi-jadila penggangguran kt negara kita ni.....

Tuesday, June 17, 2008

Setiap hari,pengganguran semakin bertambah,semua orang berlumba-lumba merebut apa jua peluang perjaan yang terbentang.Lebih-lebih lagi jika jawatan yag ditawarkan adalah jawatan kerajaan.Bekerja dengan kerajaan di janjikan dengan pelbagai keistimewaan,ada cuti,skim pencen,kemudahan perubatan,pinjaman,kenaikan gaji dan pelbagai lagi.Tapi,tidak semua orang bekerja kerajaan itu hidupnya senang.Apabila seseorang itu memberitahu dia bekerja dengan kerajaan,terus terlintas di fikiran kita hidup yang senang dan mewah.
Menerusi pengalaman,masih ada yang bekerja di bawah kerajaan tapi hidupnya susah.Seperti seorang hamba allah,bekerja sebagai pembantu am rendah di salah sebuah sekolah di negara ini,kadang-kadang terdetik rasa kasihan di hati ini apabila melihat kehidupannya.Isteri yang tidak bekerja,4 orang anak yang bersekolah,bil elektrik,bil air,bayar rumah,petrol,dan makanan harian.Sehingga ada satu masa,anak-anak terpaksa bersekolah tanpa wang belanja,makan nasi tidak berlauk,isteri makan hati lihat orang lain berbaju baru,menebal kan muka meminjam dari saudara-mara bila wang kehabisan sebelum waktunya.Mungkin ada yang hairan,tapi itula realiti kehidupan,mungkin bukan dihadapi oleh hamba allah ini seorang sahaja.Tapi masih ramai di luar sana.

Adakah Mereka Sedar?

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah menaik kan harga petrol baru-baru ini.Selain daripada alasan harga minyak dunia yng semakin melambung,ramai yang percaya ada alasan lain disebaliknya.Pastinya subsidi yang telah dikurangkan telah mnjadi makanan pihak-pihak yang tidak pernah puas sehingga melumpuh kan hidup sesetengah orang yang berpendapatan rendah.Malah ada yang berkata,negara kita adalah pengeluar minyak gred A dan telah mengimport minyak ini ke luar negara sedangkan kita sendiri menggunakan minyak gred C yang diimport dari negara luar.Apakah layak kita mengalami situasi begini?Tepuk dada,tanya selera....