Tuesday, June 30, 2009

I luv u..en embek

Hari ini aku trlalu rindukan dia,aku benci pada dia sbb tk nak mghargai aku,tapi aku trlalu cintakan dia,terlalu sgt,dan sekarang aku masih cintakan dia,dan masih mengenang saat2 bahagia kami yg sngt indah,dia tk perlu mengucapkan i luv u selalu,dia tk perlu bagi tahu aku yg dia rindukan aku,ataupun dia ingtkan aku,sbb aku tahu dia sentiasa mengingati aku,aku sentiasa ada dlm hatinya,dia tk perlu bg tahu apa-apa utk mngatakan dia cintakan aku,aku tahu,aku tahu smuanya.. I Luv U Syang

Sunday, June 28, 2009

Cerpen Sekeping Hati

Aina merenung jauh ke laut biru yang tiada penghujung nya,mata redupnya memandang air laut yang mengalun ombak,angin yang mendensah pantai,nyiur yang meliuk lembut,awan putih yang memayunginya,Aina memejamkan mata dan jatuh manik-manik mutiara dari kelopak matanya.Petang sudah menginjak senja,Aina melangkah pulang,seperti hari-hari yang lepas,rutin hariannya adalah duduk di tepi pantai yang indah itu,merenung masa depan,dan cuba melenyapkan kisah silam yang sangat hitam.
"Aina,senja macam ni tak baik berjalan sorang-sorang,naknya mengandung macam kamu nih,"kata Kak Imah sebaik Aina melangkah ke pintu rumah.Aina hanya tersenyum dan terus masuk ke bilik.Aina merebahkan tubuhnya ke katil,matanya di pejam lagi,bukan maksud dia untuk bersikap kurang sopan pada kak Imah tapi hatinya petang ini benar-benar pedih.Aina tidak mungkin akan melupakan jasa baik Kak Imah sampai mati,disini la dia menumpang tidur dan makan sejak dia disahkan mengandung 8 bulan yang lalu.Aina mengenang kisah silamnya,dia berkenalan dengan lelaki yang telah menghacurkan hatinya dan merampas kehidupannya sewaktu di universiti.Dia sangat mencintai lelaki itu,padanya lelaki itu la yang dia cari-cari selama ini,lelaki itu yang diharapkan mencintai dia sepenuh hati akhirnya meninggalkan dia terkapai-kapai.
"Aina,abg bersyukur sangat ditemukan dengan gadis secantik Aina,baik pulak tu,"ujar Faris sambil membelai lembut rambut Aina."Patutnya Aina yang bersyukur sebab ditemukan dengan abg,"jawab Aina sambil menguntum senyum."Abg,janji ya jngan tinggalkan Aina,hanya abg yang Aina ada,Aina dah berikan segalanya pada abg,Aina tk boleh hidup kalau abg tak der,"kata Aina lagi sambil mengenggam erat tangan Faris."Abg janji,abg tak kan tinggalkan Aina,tak kan pernah,".Aina terasa hatinya berbunga-bunga,dan terus terlena dalam pelukan Faris.
Aina tersentak,dia bukan lagi dalam pelukan Faris,tapi sendirian di kamar kecil yang menjadi penemannya selama 8 bulan ini."Alangkah indahnya kalau mimpi itu terus menjadi mimpi"detik hati Aina.
Aina disitu lagi,di pantai yang setia mendengar bisikan-bisikan hatinya selama ini,dia membelai perut besarnya dengan lembut,terasa gerakan bayi didalamnya,Aina tersenyum,dia tak sabar nak tunggu kelahiran permata hatinya itu,walaupun tanpa Faris dia berikrar,dia akan menjaga permata hatinya itu dengan kasih sayang,mendidiknya menjadi insan yang berakhlak dan berilmu,tidak seperti dia dan Faris.Aina membiarkan angin terus membelai setiap inci tubuhnya dan hatinya terus berbisik....
"Angin,kalau bisa ku lukis rasa cinta ini di atas kanvas putih,
Akan ku serikan dengan warna-warna cinta,
Merah tanda membaranya cintaku
Putih tanda sucinya kasih sayangku
Ungu tanda tulusnya hatiku mencintaimu
Jingga tanda hangatnya jiwa ini mengingatimu
Aku seharusnya membencimu
Tapi hingga saat ini,Aku masih mencintaimu
Selalu mencintaimu
Seperti angin ini yang selalu mengalun pepohon
Seperti ombak yang selalu menghempas pantai
Seperti matahari yang selalu menyinari pagi
Seperti hujan yang selalu menimpa bumi
Angin,bawalah bisikan hatiku padanya,dan khabarkan aku merindukannya"

"Abg janji tk nak tinggalkan Aina,sekarang mana janji abg?"jerit Aina melihat Faris yang hanya membatu."Abg bukan nk tinggalkan Aina,cuma tolong gugurkan anak tu,abg masih belum sedia,lagipun kita masih belajar,macam mana kita nak hadapi semua ni?tk boleh Aina,tak boleh,"balas Faris."Aina tak nak buat dosa lagi,cukup la sekali,"jawab Aina lagi."Ok,kalau nak jugak,Aina tanggung sndiri,abg tak nak,"Faris terus berlalu pergi,Aina tergamam tidak terkata.Lidah Aina kelu,terasa detik jantung Aina terhenti.Sejak dari itu Aina tidak bertemu lagi dengan Faris,seharusnya dia benci sama Faris,tapi aneh,dia masih mencintainya,masih merinduinya,kadang-kadang rasa benci itu datang,tapi cinta dan rindu mengatasi semuanya.Dia selalu mengimpikan Faris akan kembali mendapatkan dia dan bayinya,dan dia harap mimpi itu akan jadi nyata
2 Bulan Kemudian..
Waktu indah itu sudah berlalu,dia kini tidak sendirian lagi,ada Mohamad Raykal yang menemani hari-hari depannya.Waktu sekarang adalah waktu yang lebih indah dari sebelumnya,pertama kali dia merasakan ada seseorang yang sangat penting dalam hidupnya,yang dia sanggup mati untuknya,dan berkorban segalanya.Aina masih bersama dengan Kak Imah,sekarang tiba masanya dia membalas budi Kak Imah dengan membantu menguruskan resortnya.Aina duduk berbuai di pohon itu,kini dia rasa lebih tenang semuanya kerana Raykal.Dia tidak perlukan Faris lagi seperti mana Faris tidak perlukan dirinya.Dia yakin sekarang Faris sudah menamatkan pengajian dan menjawat jawatan pegawai besar,dan tentu juga Faris sudah menemukan pengganti dirinya,sudah cukup dia menanti Faris selama ini."Aina,"suara itu menganggu ketenangan Aina,dadanya berombak,dia kenal suara itu,suara lelaki yang selama ini dia nantikan.Aina berpaling,Faris di belakangnya memandangnya dengan penuh pengharapan."Apa yang abg nk lagi?tak puas lagi?"tanya Aina dengan marah.Entah kenapa,kemarahannya meluap-luap tika dia melihat wajah itu."Maafkan abg Aina,abg tahu abg salah,abg berdosa pada Aina dan anak kita,"jawab Faris dalam nada sebak."Anak kita,siapa anak kita?Aina tak ada anak dengan abg,kita tak kawin pun,macam mana la nak ada anak,"jawab Aina sinis."Tolongla Aina,abg nak tebus balik kesilapan abg yang dulu,abg bukan tak cintakan Aina,cuma abang terkejut,dalam keadaan masa tu,mustahil abg dapat menyara Aina dan anak kita,maafkan abg,abg betul-betul dah sedar sekarang,Aina bagi abg peluang lagi untuk abg menunaikan tanggungjawab abg pada Aina dan anak kita,"hati Aina tersentuh dengan kata-kata Faris,tapi dia tidak boleh kalah,dia tidak boleh kalah pada pujuk rayu Faris,"maafkan Aina abg,hati Aina dah tertutup,abg merayu air mata darah sekali pun,Aina tk kan berpaling lagi,abg tahu tak apa yang paling Aina kesalkan dalam hidup Aina,apa yang paling Aina kesalkan ialah mempercayai abg,"Aina terus berlalu meninggalkan Faris,Faris terduduk,dia tahu dia tidak mungkin akan dapat meyakin kan Aina lagi,dia kenal benar sama Aina,sekali dia mengambil keputusan,dia tak kan berganjak lagi.Yang tinggal pada Faris kini,adalah penyesalan yang terpaksa dia tanggung seumur hidupnya.

Aina merenung anak kecil itu,gembiranya dia bermain ombak di gigi pantai.Pantai yang selama ini menjadi peneman Aina dan kini akan menjadi peneman Raykal.Aina berjanji akan mendidik Raykal menjadi seorang lelaki yang patuh pada agamanya,yang berilmu dan tahu menghargai orang lain.Raykal tidak akan menjadi seperti ayahnya,itu tekad Aina.Aina merenung ke langit biru,dan terus tersenyum,melihat pelangi tujuh warna,hatinya terus berbunga,dia yakin disebalik hujan,guruh dan kilat kegelapan dalam hidupnya selama ini,Tuhan mahu menghadiahkan pelangi itu untuknya..

P/S:Cerpen ini karya aku sendiri,tak dicopy dari mana2,hasil penulisan aku dari jiwa dan hati aku,dan org yang bca tlongla bagi comment yer,sbenarnya dari skolah menengah aku minat menulis ni,dulu aku banyak menulis,tp buku tu dh ilang,kwn2 pinjam,terus ilang.skung ada mood balik nk menulis.

Seorang manusia..

Masih lagi kecewa,sedey,geram,sakit hati,pedihhati,ntah bila leh sembuh,dia plak tk habis2 sms,ckp merindu la,akan sentiasa mengingati la,bullshit la smua tu,lau betul knp msti buat smua ni,pntingkan diri sndiri,tk pk lansung diri org lain,kenapa la aku boleh brjumpa dn jatuh cinta pada lelaki yg sebegitu,aku rasa bkn sbb dia tk nk melukai hati yg satu lagi,ataupun kononnya tk sanggup kerana byk pengorbanan yg banyk dilakukan,sebenarnya sbb nya hanya satu,sbb dia mmg tak nak,org kata kalau nak seribu kemahuan,kalau tk nak seribu dalih,dia lnsung tk nk mncuba,lnsung tk nak,lagipun tk pk ker pengorbanan aku selama ni,mcm nk gila,pndam kn perasaan sndiri,kalau sedey pun,tk suka pun,aku tetap trsenyum,ttp melayan dia dgn baik,tk boleh ker pejamkan mata sekejap dn pk kan apa yg telah aku buat selama ni,sprti jga org2 lain,mcm mana dier org snggup buat org mcm tuh,pelik aku,tk memikir ker,idup aku ni mcm dipermain2kan jer,hati aku suka2 jer diluka,diri aku suka2 jer ditindas,barang2 aku suka2 jer diamik,aku ni tk der hati ker,dier org ingt aku robot ker?pelik betul,tk payah la layan aku mcm kekasih,mcm anak yg brbakti,mcm cucu yg disyangi,mcm anak raja ker,cukup layan aku sebagai seorg manusia,cukup lah..

Tuesday, June 9, 2009

Sendiri lagi

akhirnya dia tnggalkan aku,selepas sekian lama,jiwa aku mcm kosong,aku yakin,balik jer nnti msti aku trbaring kt katil,menangisi semuanya,tapi aku takut,takut perpisahan ini akan merubah aku mnjadi yang lain,merubah aku mnjadi seseorng yg bkn aku,sbelum ini prnah trjadi,tapi aku cpt trsedar bila seseorng berkata,ini bkn diri aku,aku jdi seorg yg pndendam,pemarah,menyakiti org lain,mngkin aku juga sperti org lain,mmpunyai sisi gelap yang trsendiri,trpndam jauh dalam hati cuma mnunggu sesuatu untk menunjukkan nya pada org lain,aku tidak mahu mmpunyai sisi gelap itu,kerana aku tahu smuanya tk kan jadi tenang,aku ataupun org lain,tapi aku yakin kalau sisi gelap itu mncul dari aku,itu smua kerana org lain,kerana perbuatan org2 trhadap aku,aku berusaha untuk mnjadi yg terbaik walaupun aku tahu aku tak akan,tapi aku masih berusaha mnjadi baik walaupun bkn yg terbaik,kata orang buat baik akan dibalas baik,dulu aku percaya,kata org juga kesabaran akan mmbuat kan kita senang,dulu aku juga percaya,tp sekarang aku tidak percaya lagi,sebaik mana pun aku mencuba tapi semua itu tak akan mmbuka mata org lain,buktinya sudah jelas,kebaikan ttap akan dibalas dgn kejahatan,tidak akan ada kebaikan lagi,kejahatan akan tetap menang,aku yakin perpisahan ini akan mengubah aku benar2 menjadi seseorg yag lain,seseorg yg tidak akan percaya lagi pada kebaikan,ataupun seseorg yag tidak akan mmbuat kebaikan lagi,mgkn kalau sekali dua aku boleh bersabar dan menganggap ini mungkin nasib malang aku sekali sekala,tapi dah berkali2 mcm ni buat aku percaya yang aku tak akan melakukan kebaikan lagi,tk berguna jika tiada org nk mnghargainya ataupun tk der org nk berterima kasih,dah bnyk mende aku pendam,aku telan,pahit mcm mana pun aku tetap berusaha utk menelan smuanya,smpai kan aku rasa,kalau dibelah dada ini,dan kalau dilihat di hati aku,yang ada smuanya parut2 luka,nanah,tk der satu tmpat pun yang masih merah warnanya,kebaikan akan dibalas kebaikan,kesabaran selalu menang,aku rasa itu cuma dongeng,dongeng yang tak akan jadi kenyataan lagi,aku dh putus asa,betul2 dah kosong,kalau selepas ini aku bukan diri aku lagi tidak akan ada yg aku kesalkan,aku redha..